Untuk sujud menyembah Allah s.w.t
Firman Allah s.w.t, maksudnya "Pada hal mereka tidak diperuntahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian, itulah agama yang benar"
Surah Al-Bayyinah
Untuk aku menjadi khalifah di muka bumi ini
Firman Allah s.w.t, maksudnya,"Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Surah Al-An'am
Bermatlamat untuk memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar lebih kondusif dan produktif.
23 January 2011
14 January 2011
5 wasiat dari Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w
Dari Nabi Muhammad s.a.w, "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah s.w.t telah memberikan lima wasiat antaranya :
a) Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
b) Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
c) Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
d) Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
e) Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiamullail.

12 January 2011
Renungan 12 Januari 2011
11 January 2011
Renungan 11 Januari 2011
"Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya, maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan di hari Kiamat.
Dan Barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya di hari Kiamat"
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim -
Subscribe to:
Posts (Atom)