26 February 2010

Daulat Tuanku ...

Permasyhuran Tengku Idris Iskandar sebagai Tengku Temenggong Johor telah diisytiharkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ketika Sambutan Maulidur Rasul pada pagi hari ini.

- sumber Berita Harian -

- sumber Utusan Malaysia -

25 February 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah.

Rujukan : email

24 February 2010

PSN (Program Siswa Niaga)

Sesuai dengan motto kolej iaitu to be a leading and prominient business college, semua kakitangan Keswar adalah amat digalakkan untuk turut sama menjana perniagaan di bawah platform PSN (Program Siswa Niaga).

Kepada kelab staf Keswar yang berminat untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan mahupun besar - besaran di dalam kolej ini, bolehlah berurusan dengan penyelaras PSN iaitu Cik Suzana Omar (019-663 8377) di Jabatan Sains Kuantitatif.

Kalau dah berniaga sudah pastilah mesti ada untung dan ruginya. Bak kata bidalan, jangan diredah lautan kalau takut dihempas badai. Sabda Nabi s.a.w., "Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."...Sebab itulah, orang berniaga hidupnya berkat jika dia pandai mengurus dunia perniagaannya.

Islam menyukai bidang perniagaan. Ianya adalah sumber keuntungan yang diharuskan oleh syara'. Al-Qur'an sendiri menamakan menuntut atau mencari rezeki dengan jalan perniagaan itu sebagai mencari sebahagian daripada kurnia Allah. Firman Allah:

Tafsirnya: "Mereka mencari sebahagian kurnia Allah." (Surah al-Muzzammil:20)

Sebagai suatu langkah ke arah itu, berikut ialah beberapa garis panduan mengenai perniagaan;-

(i) Jangan menjual atau membeli sesuatu kecuali dengan akad ijab dan qabul yang sah, kerana bertukar tangan di dalam jual beli tanpa ijab dan qabul tidak mencukupi, kecuali yang diharuskan oleh setengah ulama iaitu pada benda-benda yang kecil yang tidak bernilai tinggi.

(ii) Barang-barang yang diperniagakan itu halal, bukan yang diharamkan oleh syara' seperti arak, sekalipun yang akan membelinya bukan orang Islam, kerana laknat dalam perkara arak ini termasuk tukang perah, pembawa ke mana arak itu dihantar, tukang petik (buah untuk dijadikan arak), penjual, yang menerima hasil jualan dan lain-lain siapa saja yang terlibat dalam perkara arak ini.

(iii) Jangan berjual beli dengan riba, kerana riba itu suatu dosa besar dan bahaya yang berat. Banyak ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis memberikan ancaman demikian.

(iv) Jangan menipu, mengkhianati pembeli atau memutar belit dan mengelirukan orang. Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Sesiapa yang menipu kita, maka dia bukan dari golongan kita."
(Hadis riwayat Muslim dan lainnya)
Pernah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menemui seorang sedang berjual makanan lalu disentuh makanan itu dengan jarinya didapati sebelah dalamnya basah. Maka Baginda pun bersabda kepada penjual makanan itu: "Wahai penjual apa ini?" Jawab penjual : "Itu kena hujan tadi." Sabda Baginda lagi : "Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya pembeli nampak. Barangsiapa yang menipu kita, bukan dari golongan kaum muslimin."

(v) Jangan memonopoli barang-barang dagangan (menahan atau mengumpul barang-barang dagangan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal). Memonopoli itu adalah haram. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa memonopoli, maka dia adalah bersalah."(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Semoga dengan irsyad yang diberikan, para peniaga khususnya, bukan hanya akan memperolehi keuntungan, malahan mendapat rezeki yang berkat dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Sumber rujukan : http://wiezam.tripod.com/id16.html

23 February 2010

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2010 / 1431 - 1432 H BAGI MALAYSIA

12 Rabiulawal 1431 / 26 Feb 2010 - Maulidur Rasul

27 Rejab 1431 / 10 Julai 2010 - Israk dan Mikraj

* 1 Ramadhan 1431 / 11 Ogos 2010 - Awal Ramadhan/Berpuasa

17 Ramadhan 1431 / 27 Ogos 2010 - Nuzul Al-Quran

* 1 Syawal 1431 / 10 September 2010 - Hari Raya Puasa/Idul Fitri

1 Zulhijjah 1431 / 8 November 2010 - Awal Zulhijjah

* 10 Zulhijjah 1431 / 17 November 2010 - Hari Raya Korban/Idul Adha

1 Muharam 1432 / 7 Disember 2010 - Awal Muharam/Maal Hijrah

* Tertakluk kepada perubahan Sumber : Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431

Dalam masa beberapa hari lagi, umat ISLAM akan menyambut Maulidur Rasul. Tarikh Hijrah jatuh pada 12 Rabiulawal 1431 bersamaan 26 Feb 2010. Kami (AJK Keswar) ingin mengambil kesempatan mengucapkan, Selamat Menyambut Maulidur Rasul!

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sumber Rujukan yang sangat bermanfaat ini dipetik dari : [www.otaikajang.org]Monday, 15 February 2010 21:17 Roy Bahan - Agama

22 February 2010

Berhutang?

Berhutang? Adakah anda salah seorang daripada yang berhutang? Hutang sesama manusia? Hutang dengan institusi perbankan? Hutang bagi melanjutkan pelajaran? Bagi yang masih berhutang, adalah wajib kepada dirinya untuk melunaskan sebarang bentuk hutang kepada pemberi pinjam hutang ...

Muhasabahlah diri anda sekiranya masih ada hutang-hutang yang belum diselesaikan ...

Bagi peminjam yang berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), bolehlah memeriksa status dan baki pinjaman di laman web ini, Pertanyaan Baki Pinjaman MARA

Bagi peminjam yang berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), bolehlah memeriksa status dan baki pinjaman di laman web ini, PTPTN - Semakan

Hutang yang telah dijelaskan akan membantu untuk merubah nasib orang lain yang memerlukan.

Sambutan Hari-Hari Sedunia

Berikut merupakan tarikh-tarikh sambutan Hari Sedunia :

Januari
- tiada

Februari
- 2hb : Hari Tanah Lembap
- 20hb : Hari Keadilan Sosial
- 21hb : Hari Bahasa Ibunda

Mac
- 3hb : Hari Matematik
- 8hb : Hari Wanita
- 12hb : Hari Buah Pinggang
- 15hb : Hari Hak Pengguna
- 21hb : Hari Sindrom Down
- 22hb : Hari Air
- 23hb : Hari Meteorologi
- 27hb : Hari Teater

April
- 5hb : Hari Kaji Cuaca
- 7hb : Hari Kesihatan
- 22hb : Hari Bumi
- 23hb : Hari Tibi, Hari Buku & Hari Hakcipta
- 28hb : Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Mei
- 1hb : Hari Pekerja
- 3hb : Hari Kebebasan Akhbar
- 15hb : Hari Keluarga
- 17hb : Hari Telekomunikasi
- 18hb : Hari Muzium
- 26hb : Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
- 29hb : Hari Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- 31hb : Hari Tanpa Tembakau

Jun
- 5hb : Hari Alam Sekitar
- 20hb : Hari Pelarian

Julai
- 8hb : Hari Kitar Semula
- 11hb : Hari Penduduk

Ogos
- 9hb : Hari Orang Asal
- 12hb : Hari Remaja

September
- 8hb : Hari Membaca
- 21hb : Hari Keamanan
- 27hb : Hari Pelancongan
- 30hb : Hari Mengeja

Oktober
- 1hb : Hari Habitat
- 3hb : Hari Jantung
- 9hb : Hari Pos
- 10hb : Hari Kesihatan Mental
- 15hb : Hari Wanita Desa
- 16hb : Hari Makanan

November
- 8hb : Hari Perancangan Bandar
- 9hb : Hari Maritim
- 13hb : Hari Kepenggunaan
- 14hb : Hari Diabetes
- 19hb : Hari Tandas
- 20hb : Hari Kanak-Kanak

Disember
- 1hb : Hari AIDS
- 2hb : Hari Penghapusan Perhambaan
- 3hb : Hari Orang Kurang Upaya
- 7hb : Hari Penerbangan Awam
- 9hb : Hari Anti Rasuah
- 10hb : Hari Hak Asasi
- 11hb : Hari Gunung

21 February 2010

Cuaca panas

Kita semakin merasai kesan pemanasan global dari hari ke sehari ... sekarang, fenomena kepanasan melampau masih belum dirasai di negara kita namun, di sesetengah tempat di dunia, ada yang menjangkau ke suhu 40C bahkan pernah tercatat setinggi 50C.

Fenomena panas dan cuaca kering di negara ini yang melanda sejak dari awal tahun ini bakal menjadi lebih terik menjelang 21 Mac apabila kedudukan matahari yang berada tegak di atas garisan Khatulistiwa iaitu, waktu siang dan malam adalah sama panjangnya di hemisfera utara dan hemisfera selatan.

Menurut berita, keadaan air di Sungai Sembrong, Johor telah mula surut ke paras yang membimbangkan dan ini juga bakal membawa kepada implikasi-implikasi lain kepada pengguna.

Bagi mengatasi masalah dehidrasi ataupun kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung, berikut adalah langkah-langkah terbaik bagi mengatasinya :

a) Minum air dengan banyak

Air akan banyak hilang akibat proses dehidrasi dan memerlukan gantian bagi melancarkan proses-proses di dalam tubuh badan.

b) Ubahsuai diet makanan anda

Elakkan makanan pedas mahupun makanan berat. Lebihkan makan salad mahupun buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

c) Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Alternatifnya, pilih waktu yang lebih selesa untuk bersenam atau beriadah.

d) Pilih pakaian yang sesuai

Pakailah pakaian yang memiliki warna yang terang dan elakkan memakai baju berwarna gelap yang menyerap haba.

e) Elakkan perangkap haba

Letakkan kenderaan anda di tempat yang tertutup ataupun teduh. Jika keluar dari rumah, jangan lupa untuk membawa air minuman.

Fakta kesan haba panas kepada tubuh badan

20C - selesa, denyut nadi normal

25C - peluh biasa

30C - ketidakselesaan

40C - kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi lebih pantas, letih

45C - kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering



- sumber dari berita harian -

Tips for caring your shirts

Premium cotton shirts require more care as the fabrics used are more delicate. Here are some tips :


a) Wash your brand new custom dress shirt before wearing to remove any toxic chemicals and to make the material softer.

b) Mechanical and hand twist drying should preferably be shunned as such drying method will destabilize the fine cotton fibres. Drip drying is encouraged to maintain the structure of the fine fabric.

c) Routinely check your custom shirt to see if the buttons are secure, or if there are any loose threads to avoid embarrassing moments of a missing button.

d) Machine wash your shirts using a gentle cycle with lukewarm water to preserve the fabric and color.

e) Do not dry-clean your shirts as the chemicals in dry cleaning fluid will destroy the fabric.

f) Starching while pressing will weaken the cotton fibers. To keep a crisp, look only for premium cotton shirts made from high thread count.

g) Spray your deodorant or cologne on your body and wait for it to dry before wearing the shirt to avoid staining.

h) To prevent permanent staining, promptly wash your custom dress shirt before the stain sets in and is absorbed in the fabric.

i) To avoid lifting the color out of your shirts or "color run", separate your shirts before laundering into three categories: whites, colors and darks.

j) To get your white shirts whiter, use bleach. For colors, use special bleach for colors. As for your dark colored shirts, avoid bleaching all together.

k) Check for stains and clean before pressing. Heat from an iron will permanently set the stain into the fabric.

l) It is best to iron your shirts while the fabric is damp so you do not scorch or damage the fabric. It will also make it easier to get all the wrinkles out.

m) Alternatively, invest in a very good steam iron.

- Source : Cuffz -

20 February 2010

Selamat Pengantin Baru buat Puan Rosmah Kirman

Pihak KESWAR ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Puan Rosmah binti Kirman dan suami yang telah selamat diijabkabulkan, semoga lebih ceria, dimurahkan rezeki dan kekal selama-lamanya.





19 February 2010

BINGKISAN KEHIDUPAN - JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT

Dari zaman Bujang --- Kahwin --- No 1 --- No.2 --- Cukup Quota.

Dari pakai Motor “Kapcai” --- KANCIL --- WIRA --- HONDA --- BMW --- AUDI --- seterusnya..

Congkak --- Dam --- Badminton --- Golf ---DLL

Rumah Sewa --- Rumah Murah --- Rumah Teres --- Banglow ---

Technician --- Supervisor --- Engineer --- Manager --- CEO

TV 14' --- 21' --- 29' --- Home theather --- LCD Screen --- Projector

Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi --- Hadnyai --- Bangkok --- Bali

Dalam semua segi kita selalu impikan segala perubahan dari arah yang lebih baik, selesa, exklusif dan glamour...

Zaman memancing di Parit /Longkang ---- Sungai --- Kolam (Berbayar)----Laut Dalam (Sewa Bot Mewah)---Kalong

TETAPI…kita juga lupa, semakin banyak kita kecapi kejayaan, semakin hampirlah saat kematian kita. Ditakuti semakin berjaya, kita semakin lupa, semua yang kita dapat adalah pemberian tuhan...'on loan'…Setiap kali kita buat action plan atau buat revision, berapa banyakkah kita masukkan item-item yang membawa kearah 'persediaan untuk mati'

Umpamanya:

Tidak Pernak Solat --- Pastikan Solat --- Jadikan Amalan Berterusan.....

Banyak Maksiat ----- Kurangkan ----- Hapuskan...

Bandar Penawar ---- Kota Tinggi --- JB --- Madinah ---- Mekah --- Syurga

Sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00

Solat di rumah --- Solat di surau/masjid. ....

5 Jam Sehari Menonton TV --- 3 Jam TV & 2 Jam Majlis ILMU......

3 Jam Baca Suratkabar/Majalah /Internet --- 2 Jam Majalah/Surat Khabar/Internet & 1 Jam Membaca AL QURAN /Selawat , Zikir.

Kesimpulanya, setiap apapun aktiviti yang kita lalukan sepatutnya hasilnya adalah untuk AKHIRAT. Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah “PERSONAL IMPROVEMENT” banyak kepada ke arah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT secara perlahan-lahan di ketepikan...

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tidak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur kita tidak melakukannya dengan penuh keihklasan. Kalau dulu tidak pernah kenal DANGDUT/KARAOKE. Bila tuhan beri nikmat kenaikan pangkat & gaji lebih berganda, benda seperti inilah yang kebiasaanya akan terjadi dan menjadi rutin harian kehidupan kita. Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu. Malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,

BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun. Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. Dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya. Semoga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat. Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassalam.

18 February 2010

Pilihanraya MPP

Setelah semalam, calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar berdebat dan berhujah berkempen untuk memenangi hati pengundi-pengundi, hari ini kesemua pelajar telah menunaikan tanggungjawab sosial dalam memilih pucuk pimpinan yang akan menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/2011.

Suruhanjaya Pilihan Raya KPMBP telah membuka pusat mengundi seawal jam 9:00 pagi dan proses pengundian berlangsung sehingga jam 4:00 petang ini.

KESWAR ingin mengucapkan Selamat Mengundi dan tentukan pilihan anda adalah pilihan yang bijak dalam membantu meningkatkan taraf pembudayaan kepimpinan di kalangan siswa siswi Kolej Profesional MARA Bandar Penawar.

Bagi warga KESWAR yang masih belum mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi yang sah, silalah daftarkan diri anda sebagai mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai hak seorang warganegara.

Kenapa anda perlu mendaftar sebagai pengundi?

Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

Siapa yang layak mendaftar sebagai pengundi?

- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak hilang kelayakan.

Bagaimana mendaftar sebagai pengundi?

- Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani
borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda

Untuk menyemak Senarai Daftar Pemilih secara atas talian, sila klik di sini.

17 February 2010

Fahami Kod Menukar Tayar Baru

Sempena Hari Perayaan Tahun Baru Cina yang lepas, pasti ramai dikalangan ahli Keswar yang bercuti. Kita juga selalu mengharapkan agar setiap perjalanan yang kita rancangkan berjalan lancar.

Tapi adakah kita selalu membuat persediaan dan penyelengaraan yang rapi bagi kenderaan yang akan kita gunakan itu sendiri. Terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan seperti radiator, tayar, minyak enjin dan sebagainya.Tetapi di antara aspek yang paling penting ialah tayar kenderaan. Apabila cengkaman tayar kenderaan mula berkurangan atau botak, itu menandakan sudah tiba masanya pemilik menukarnya dengan yang baru. Bagaimanapun, sebelum menukar yang baru ada beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian pemilik supaya tayar baru dibeli bersesuaian dengan kenderaan dan bukan sudah luput tarikh atau lama disimpan penjual.

Sebagai pemilik kenderaan dan pengguna anda perlu mengetahui beberapa kod penting terdapat pada bahagian sisi tayar sebagai rujukan. Ia untuk memastikan anda membeli tayar berkualiti dan tahan lama. Setiap tayar mempunyai maklumat terperinci berhubung jenis, saiz, keupayaan, minggu dan tahun keluarannya. Sesiapa saja boleh memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang sesuai dan selamat bagi kenderaan masing-masing. Cara paling mudah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.
Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar:

- Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2206 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006. Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada kenderaan.

- Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 175/70R13 82H.

Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.

Nombor 70 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus.

Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.

Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.
Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan digunakan.

- Sumber rujukan: Harian Metro (May 29th, 2008 by sgianto) -

11 February 2010

Cuti Tahun Baru Cina

Esok, ramai di antara kita akan pulang bercuti ke kampung halaman, sempena Cuti Tahun Baru Cina. Ada yang hanya di dalam negeri Johor, tetapi kebanyakan kita, akan balik ke destinasi di Utara, Lembah Klang serta Pantai Timur. Pesanan dari KESWAR, periksalah kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan anda, periksa lampu, brek, wiper kereta, minyak enjin dan tidak kurang juga, periksalah kesihatan diri anda sebelum memandu, pastikan mendapat rehat yang secukupnya, tidur dahulu sebelum memulakan perjalanan atau membekalkan sedikit minuman atau makanan yang mampu membuatkan anda berasa segar di dalam perjalanan.




Bagi kawan-kawan kita yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina, KESWAR juga ingin mengucapkan


Ucapkanlah kepada kawan-kawan kita yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina ini seperti ucapan :

gōng xǐ fā cái 恭喜发财

xīn nián kuài lè 新年快乐

nián nián yǒu yú 年年有馀

-sumber dari laman web About.com : Chinese New Year Greetings and Phrases in Mandarin Chinese -

10 February 2010

New Tech ...

Perkembangan teknologi berubah dari hari ke hari ... dengan matlamat, perkongsian maklumat ... dengan adanya Facebook, Myspace, Friendster, Twitter, Flickr dan laman-laman web sosial ini lebih mendekatkan pertalian yang jauh dan merapatkan silaturrahim walaupun jarang berjumpa ...

Semalam Google telah melancarkan Google Buzz, satu lagi aplikasi bagi laman web sosial bagi pengguna akaun Google. Penggunaannya mirip kepada laman-laman sosial yang lain ...

Lawatan Peserta PLKN Kem Desaru ... Program Derma Darah ...

Lawatan Peserta PLKN Kem Desaru

Pada hari ini kita dilawati oleh peserta Program Latihan Khidmat Negara, Kem Desaru yang mengambil kesempatan ini bagi mendedahkan kehidupan di sebuah institusi pengajian tinggi, program-program yang ditawarkan di sesebuah institusi dan juga kemudahan yang disediakan.

Pendedahan ini adalah bagi membuka ruang minda para peserta PLKN yang bakal meneruskan pengajian selepas tamatnya program PLKN selama 3 bulan. Selepas jati diri dibentuk bagi mempersiapkan keperluan seseorang pelajar menempuh kehidupan sebagai seorang siwa mahupun siswi, pelajar juga perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang serba mencabar di dalam proses sebagai seorang insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Sesi dimulakan dengan taklimat oleh Tuan Pengarah, Tuan Haji M Razalan bin M Razali kepada lebih 300 peserta PLKN Kem Desaru serta pegawai dan diikuti oleh lawatan ke sekeliling kampus Kolej Profesional MARA Bandar Penawar dengan dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil.

Program Menderma Darah

Program Menderma Darah anjuran Unit Ko-Kurikulum telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Tuan Haji M Razalan bin M Razali di Aras Bawah, Blok Akademik pada jam 11 pagi. Program Menderma Darah ini adalah dengan kerjasama pihak Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

09 February 2010

Perhatian kepada mentor

Kepada para mentor,

Sila pastikan bahawa mentee anda dapat menyelesaikan proses pemindahan kredit sebelum akhir semester ini. Proses pemindahan kredit ini adalah bagi kursus MPW 1133 Bahasa Kebangsaan khususnya, pelajar hanya perlu menghantar borang pemindahan kredit berserta salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada En. Ismanor Fahmi bin Ismail.

Kepada mentee yang sijil SPM telah hilang atau rosak, pelajar ini perlu membuat surat sumpah atau laporan polis seperti butiran di bawah :

1. Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
2. Nombor kad pengenalan lama dan baru
3. Tarikh lahir
4. Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
5. Nama peperiksaan
6. Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.

Bayaran proses sebanyak RM10.00 dikenakan di atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Segala urusan perlulah diselesaikan di Lembaga Peperiksaan, Blok E11, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Parcel E, Putrajaya.

Sila lawati laman web Panduan Mendapatkan Salinan Slip Keputusan Peperiksaan & Terjemahan Sijil, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut.

08 February 2010

4 tonggak penting untuk menjayakan agenda kerajaan

4 tonggak utama yang penting dalam menjayakan agenda kerajaan bagi tahun ini adalah :

a) 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

b) Program Transformasi Kerajaan (GTP)

c) Model Ekonomi Baru

d) Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10)

2 perkara lain yang mendokongi 4 tonggak di atas adalah :

a) Pemikiran yang kreatif dan inovatif

b) Kepantasan membuat keputusan, dasar dan perlaksanaan.

Semua ini adalah berkaitan dengan daya saing sesebuah negara.



- petikan daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri -

Selamat Datang ... Selamat Bertugas Kembali ... Tahniah buat Nadwah Islamiah KPMBP

Selamat Datang ...

Kelab Staf KPM Bandar Penawar (KESWAR) ingin mengucapkan selamat datang kepada 6 orang pensyarah baru iaitu :

a) Mohd Adham bin Mansor, Jabatan Pengurusan Perniagaan

b) Noor Hazaniah binti Baharin, Jabatan Pengurusan Perniagaan

c) Siti Norayu binti Noh, Jabatan Pengurusan Perniagaan

d) Norsafuan bin Mohd Jaafar, Jabatan Perakaunan

e) Muhammad Zaki bin Mohd Zuki, Jabatan Perakaunan

f) Asmahwati, Jabatan Perakaunan

Selamat Bertugas Kembali ...

KESWAR juga ingin mengucapkan selamat bertugas kembali kepada Puan Norashikin binti Ali Hassan, Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan yang bercuti selama 60 hari menimang cahaya mata baru, Nur Fatima Danisya binti Azran Azleen.

Tahniah buat Nadwah Islamiah KPMBP

Ucapan tahniah juga KESWAR ingin ucapkan kepada pasukan Nadwah Islamiah KPMBP yang telah meraih kejayaan Johan dalam acara Tilawah Al-Quran, Khutbah dan Azan di pertandingan Nadwah Islamiah KPM & KM yang berlangsung di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota pada minggu lepas. Kejayaan ini lebih membanggakan apabila KPMBP dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Nadwah Islamiah KPM & KM 2010. Tahniah diucapkan kepada pegawai pengiring, Cik Sabahriah binti Yusof, Ustaz Mohd Nizam bin Ab Gani, Ustazah Juzaniah binti Hasan serta En Azalan Bayu bin Zakaria, juga buat pemandu bas yang pergi dan pulang dengan selamat.











07 February 2010

Credit card or Debit card?

Credit card



An example of the front in a typical credit card:
1. Issuing bank logo
2. EMV chip on "smart cards"
3. Hologram
4. Credit card number
5. Card brand logo
6. Expiration Date
7. Card Holder Name
8. Contactless chip

Interest charges : Yes

How it works : Buy thing first, then pay later. Kinds of short-term loan.

Fees to customers • Late payments or overdue payments
• Charges that result in exceeding the credit limit on the card
• Returned cheque fees or payment processing fees
• Cash advances and convenience cheques
• Transactions in a foreign currency
• Membership fees
• Exchange rate loading fees

Debit card




An example of the front of a typical debit card:
1. Issuing bank logo
2. EMV chip
3. Hologram
4. Card number
5. Card brand logo
6. Expiration date
7. Cardholder's name

Interest charges : No

How it works No money in the bank account, no transaction made.

Fees to customers • No late payments or overdue payments
• No charges that result in exceeding the credit limit on the card
• No returned cheque fees or payment processing fees
• No cash advances and convenience cheques
• Transactions in a foreign currency (depends to banks)
• Membership fees
• No exchange rate loading fees

- taken from Wikipedia.org -

06 February 2010

Mottainai ...

Mottainai ... sekali sebut, bunyinya pun dah macam sebutan bahasa Jepun ... ejaannya dalam bahasa Jepun ... もったいない

Pengertiannya ... satu rasa penyesalan terhadap sisa atau lebihan bagi sesuatu sumber mahupun objek yang tidak digunakan sepenuhnya. ("a sense of regret concerning waste when the intrinsic value of an object or resource is not properly utilized" - taken from Wikipedia)

Dalam bahasa mudahnya, sungguh membazirkan atau janganlah membazir. Konsep pembaziran ini bukan sahaja merentas bangsa tetapi juga di dalam agama, Islam juga menegaskan bahawa pembaziran ini merugikan di dalam Al-Quran :

Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(Surah Al-Israa', ayat 26-27)

Di dalam keadaan ekonomi yang masih memacu ke arah negara berpendapatan tinggi, diselubungi pula dengan kegawatan ekonomi sedunia pada tahun 2009, tempiasnya dapat dirasai untuk sama-sama kita mengembleng tenaga dalam memastikan sumber terhad yang kita perolehi mahupun yang kita ada, digunakan dengan penuh jimat dan cermat seperti tenaga elektrik, penggunaan air, penggunaan kertas dan juga ink printer, tetapi ini bukan satu langkah yang menghadkan aktiviti kita dalam menjayakan misi, visi dan objektif penubuhan sesebuah institusi pendidikan.

Contohnya, membeli barangan runcit di kedai mahupun pasaraya, sesetengah kedai mahupun pasaraya telah bertindak mengikut konsep Mottainai iaitu memperkenalkan beg membeli belah yang mesra alam iaitu yang boleh digunapakai berkali-kali oleh pengguna dengan menjimatkan penggunaan beg plastik setiap kali pembeli membuat pembelian.







Antara langkah-langkah penjimatan yang boleh dilaksanakan di rumah adalah :

a) Menggunakan penyapu berbanding penggunaan mesin pembersih vakum (vacuum cleaner) untuk langkah penjimatan elektrik.

b) Menggantung baju di ampaian berbanding penggunaan mesin pengering (dryer) untuk langkah penjimatan elektrik.

c) Menutup suis TV atau pemain DVD dan juga tidak tinggalkan pengecas telefon terpasang sepanjang masa di suis elektrik. Terdapat juga peralatan elektronik yang mempunyai mod stand-by sebagai salah satu langkah penjimatan.

d) Menggunakan daun pandan sebagai pewangi di dalam tandas, penggunaan Citronella sebagai alternatif menjauhkan gangguan nyamuk pada waktu kita tidur, dan juga menggunakan arang sebagai bahan yang dapat menyedut bauan yang kurang menyenangkan di dalam almari mahupun peti sejuk; semua ini bagi menggantikan penggunaan produk yang boleh mendatangkan bahaya kepada alam persekitaran kita tanpa kita sedari.

e) Mempunyai tong sampah yang berbeza bagi bahan buangan tertentu seperti tong sampah bagi bahan berasaskan kertas, plastik mahupun kaca. Cara proses pelupusan ketiga-tiga bahan ini berbeza dan jika disatukan bahan buangan ini, ia tidak membantu bagi kita matlamat, Malaysians Go Green.



Antara syarikat swasta yang paling menegaskan konsep Mottainai ini adalah Panasonic dengan menjadikan Mottainai sebagai salah satu kualiti bagi produk yang dikeluarkannya. Mottainai bagi produk Panasonic memperkenalkan penggunaan Inverter, yang menjimatkan penggunaan elektrik di dalam alat-alat di rumah seperti alat penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh, microwave dan sebagainya.

05 February 2010

Renungan Jumaat

Nabi Muhammad s.a.w datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik pada masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.

Justeru itu, Rasulullah s.a.w kemudian mengisytiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

Rasulullah s.a.w membacakan kepada mereka wahyu Allah s.w.t yang bermaksud :

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati). (Surah Al-Naml, ayat 65)

Bukan malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah s.a.w juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t yang bermaksud :

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman". (Surah Al-A'raaf, ayat 188)

Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah s.w.t, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia.

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi Muhammad s.a.w, mereka menganggap bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w : "Tahukah tuan apakah ini?"

Maka Nabi Muhammad s.a.w menjawab dengan tegas : "Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka".

Inilah yang dilakukang oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi pada hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti di mana boleh dijumpakan orang hilang, siapa yang melakukan kejahatan kepada individu tertentu dan pelbagai lagi.

Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampuradukkan ucapan itu dengan ratusan pembohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal, dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah s.w.t tetapi wali Syaitan yang hanya akan merosakkan akidah umat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lau dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari" (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w" (Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat; berkata Al-Haithami perawinya sohih kecuali 'Uqbah bin Sinan)

Tetapi apa yang menyedihkan sekarang ini ialah kebanyakan manusia akan berjumpa bomoh untuk kepentingan diri sendiri.

Wallahua'lam

04 February 2010

Menderma organ ...

Merujuk kepada Pekeling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, seseorang penjawat awam layak untuk mengambil Cuti Tanpa Rekod selama 42 hari sekiranya penjawat awam tersebut menderma organ kepada yang memerlukan.

i) Cuti ini diperuntukkan kepada semua pegawai lantikan tetap, sementara, kontrak, sangkut mahupun guru sandaran;

ii) Segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia;

iii) Tidak termasuk bagi tempoh penjawat awam menjalani ujian, pembedahan mahupun tempoh sebelum dibenarkan discaj dari hospital;

iv) Cuti ini tertakluk kepada pembedahan yang dilakukan di dalam negara sahaja.

Menderma organ dari perspektif Islam pula, keputusan yang dicapai di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa MKI Kebangsaan pada 23-24 Jun 1970 iaitu :

i) Pemindahan mata dan jantung orang-orang mati kepada orang hidup adalah dibenarkan dalam Islam, dan di atas pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah di ambil kira:

* Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya difikirkan berjaya;

* Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya;

* Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya; dan

* Kebenaran hendaklah diperoleh daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa, atau dari kaum keluarga atau keluarganya, di dalam kematian akibat kemalangan.

- sumber rujukan : laman web Jabatan Perkhidmatan Awam & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia -

Terima kasih MPP ... Tahniah PSN

Satu perhimpunan khas bagi pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar 2009/2010 dan juga pengiktirafan kejayaan Program Siswa Niaga bagi Kolej Profesional MARA Bandar Penawar telah diadakan di Dewan Serbaguna, KPM Bandar Penawar.







Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan bacaan doa oleh wakil pelajar.







Majlis kemudiannya menjemput Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 bagi memberikan ucapan sepanjang mengemudi barisan MPP dalam memberi khidmat terbaik kepada kolej dan pelajar.







Selepas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar mengakhiri ucapan beliau, tibalah untuk ucapan Tuan Pengarah, Kolej Profesional MARA Bandar Penawar, Tuan Haji M Razalan bin M Razali.





Majlis kemudiannya menjemput saudari Farhana Fariyati sebagai Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar untuk menyerahkan Fail Setiausaha kepada Cik Nor Fadhila sebagai Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar sebagai menandakan tamatnya tugas rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010.





Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati sebagai tanda terima kasih di atas jasa sepanjang khidmat Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010.

































Terima kasih barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 daripada Kelab Staf KPM Bandar Penawar, jasamu dikenang hingga akhir hayat.

Majlis diteruskan dengan laporan penyertaan Konvensyen & Karvival Program Siswa Niaga di Kolej MARA Kuala Nerang oleh ketua penyelaras Program Siswa Niaga, Cik Suzana binti Omar.



Sesi bergambar bersama peserta Konvensyen & Karnival Program Siswa Niaga KPM Bandar Penawar.













Tahniah buat kontinjen Program Siswa Niaga KPM Bandar Penawar kerana telah memenangi beberapa acara yang dipertandingkan di Kolej MARA Kuala Nerang.


Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu MARA dan sesi bergambar bersamapenasihat dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010.