24 March 2010

Masalah tidur

Pengenalan

Orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Masalah tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur. Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur termasuk:

 Gaya hidup - kerja syif yang kerap dan tidak teratur
 Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
 Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
 Penyalahgunaan dadah dan alkohol
 Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

Tanda-tanda dan gejala

 Tidur yang terlalu banyak (hypersomnia)
 Tidur yang terlalu sedikit (insomnia)
 Kelakuan yang luarbiasa semasa tidur contohnya, berjalan dalam tidur (sleep walking), bangun tiba-tiba dalam ketakutan(sleep terror), kisaran gigi (tooth-grinding) dan sebagainya.

Kesan dan akibat

Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :

 Cepat menjadi marah
 Sukar mengawal emosi
 Sukar memberi tumpuan/perhatian
 Kemungkinan boleh membuat kesilapan
 Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan

Rawatan -



 Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi rawatan bergantung kepada sebab-sebab tersebut.
 Rawatan tingkahlaku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan teknik relaksasi
 Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.
Pencegahan
Masalah tidur boleh dicegah menerusi pendekatan berikut:
 Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
 Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stres yang baik.
 Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan yang lain
 Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau mental.



Amalan tidur yang sihat - Tukar tabiat anda

 Berhenti merokok
 Jangan tidur pada siang hari
 Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
 Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur
Ubahsuai persekitaran tidur anda
 Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain
 Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
 Pastikan juga tilam dan katil anda selesa
Amalan sebelum tidur
 Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
 Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
 Tidur bila rasa mengantuk
 Berehat sebentar sebelum masuk tidur.

Source : Kumpulan sokongan, Sleep Disorder Society of Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia

23 March 2010

Tarikh sambut keputeraan, hol Johor dipinda

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim semalam, menitahkan supaya sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor yang disambut pada 8 April setiap tahun ditukar kepada 22 November, manakala sambutan Hari Hol Almarhum Sultan dipinda dari 19 Jun tahun ini, kepada 11 Januari 2011.

Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan), Datuk Abdul Ghaffar Abdullah dalam kenyataan dikeluarkan, berkata Sultan Ibrahim menitahkan supaya sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor dipinda dari 8 April kepada 22 November setiap tahun.
Bagi Hari Hol Almarhum Sultan pula, Abdul Ghaffar berkata, ia dipinda dari 6 Rejab 1431 bersamaan 19 Jun 2010 kepada 6 Safar 1432 iaitu 11 Januari 2010.

- sumber Berita Harian -
Lawatan DLM ke PROTON

Pada 18hb Mac 2010, satu lawatan ke Proton telah pun dijalankan yang telah melibat sejumlah lebih daripada 80 pelajar DLM semester 4 (KPMBP). Lawatan ini telah diketuai oleh Azaki Kadis dan diiringi oleh 10 guru pengiring.

Perjalanan ini telah mengambil masa lebih dari 6 jam dan semalaman ke semua peserta yang terlibat tidur di dalam bas. Walaupun penat, tapi pengalaman berada di Proton sangat bernilai dan layanan dari pihak Proton amat memuaskan.

Lawatan ini juga sedikit sebanyak telah mendedahkan pelajar bagaimana sesebuah organisasi terutamanya di bahagian logistik beroperasi dan dirancang serta dilaksanakan dengan baik demi melibatkan keuntungan dan kepentingan organisasi itu sendiri. Jika dilihat secara teliti di setiap bahagian operasi pembuatan Proton, rata-ratanya telah dilaksanakan oleh kaum bumiputera itu sendiri. Jadi tidak mustahillah bagi pelajar Logistik di Kolej ini untuk berjaya dan mampu menerajui kepimpinan yang akan datang terutamanya dalam sektor logistik.

Kita seharusnya bangga dengan teknologi yang dihasilkan oleh Proton yang merupakan pengeluar kereta tempatan yang mampu bersaing di peringkat global. Usaha yang dirancang oleh Tun Mahathir dalam tempoh 10 tahun yang lepas untuk menaikkan nama Proton, kini membuahkan hasil apabila banyak model-model baru proton telah terjual dan diterima oleh pelanggan. Ini terbukti berdasarkan maklumat yang diberi oleh pihak Proton dari segi tempahan model Proton secara konsisten dan berterusan.

Diharapkan aktiviti yang berfaedah ini akan selalu disokong oleh pihak Kolej demi mendedahkan pelajar kepada sektor pekerjaan yang sebenar berdasarkan kursus dalam bidang masing-masing.

17 March 2010

Tekanan Mental Dan Pekerjaan

TEKANAN KERJA

Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA

Jenis Pekerjaan - Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

Peranan dan Fungsi Pekerjaan - Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

Perhubungan - Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Kerjaya - Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi - Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja
________________________________________
7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

• Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
• Bersikap positif semasa melakukan tanggungjawab kerja anda
• Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
• Merasa seronok bekerja

Rancang Kerja Anda

• Kendali masa anda dengan bijak
• Beri keutamaan pada kerja yang penting
• Jangan bertangguh
• Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
• Mengagihkan kerja dengan baik

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

• Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik
• Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
• Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
• Ambil tindakan secara wajar

Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja

• Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
• Rancang perubahan secara teratur

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

• Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
• Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
• Hormati pandangan rakan sekerja anda

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja

• Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja
• Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
• Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
• Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan cara Hidup Sihat

• Luangkan masa untuk beribadah
• Dapatkan tidur yang mencukupi
• Bersenam selalu
• Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
• Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
• Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

Source : http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/tekanan_mental.htm

12 March 2010

" BERETIKA BUDAYA KITA "

Semalam telah pun berlangsungnya program maulidurrasul anjuran pihak KPMBP dan sessi ceramah yang sangat bermanfaat telahpun disampaikan oleh Ustaz Muliadi. Secara rumusannya, penceramah banyak menyelitkan beberapa klip vedio yang menarik serta contoh isu-isu keruntuhan akhlak dewasa ini yang kian berleluasa oleh generasi muda. Di harap sedikit sebanyak program ini mampu mengubah akhlak dan generasi kini untuk berubah kepada personaliti yang lebih baik dan berguna di masa akan datang.

Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad menyuruh kita selalu berpegang kepada Al-Quran dan sunnahnya. Kadang-kadang kita yang dewasa ini juga lupa beberapa amalan yang baik yang sepatutnya kita amalkan demi kesejahteraan dalam kehidupan ini. Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan –amalan berikut:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita Bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca DOA ). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para Saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu Kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam kitab juga Ada melarang Kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah Kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar Kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli Saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam. Sama2lah Kita mengamalkannya.

WallahuA'lam.
Sabda Nabi Muhamad S.A.W, " Sampaikan perkara kebaikan , walaupun sepotong ayat".

11 March 2010

Terima kasih bagi kemudahan hospital

Alhamdulillah, bagi penjawat awam serta ahli keluarga termasuk pesara kerajaan, kita dikurniakan dengan rezeki pemansuhan bayaran wad untuk urusan kesihatan di hospital seperti yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010.

Untuk kelayakan wad, adalah seperti berikut :

Pengurusan Tertinggi & Gred 45 - 54 : Kelas 1 Bilik Seorang

Gred 31 - 44 : Kelas 1 Bilik Berdua

Gred 21 - 30 : Kelas 1 Bilik Bertiga

Gred 1 - 20 : Kelas 2

Alhamdulillah, dengan harapan agar lebih banyak kemudahan dinikmati bersama.

- sumber Utusan Malaysia -

09 March 2010

IWD (International Women's Day)

IWD (International Women's Day)is now an official holiday in China, Armenia, Russia, Azerbaijan, Belarus, Bulgaria, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Macedonia, Moldova, Mongolia, Tajikistan, Ukraine, Uzbekistan and Vietnam. The tradition sees men honouring their mothers, wives, girlfriends, colleagues, etc with flowers and small gifts. In some countries IWD has the equivalent status of Mother's Day where children give small presents to their mothers and grandmothers.

The new millennium has witnessed a significant change and attitudinal shift in both women's and society's thoughts about women's equality and emancipation. Many from a younger generation feel that 'all the battles have been won for women' while many feminists from the 1970's know only too well the longevity and ingrained complexity of patriarchy. With more women in the boardroom, greater equality in legislative rights, and an increased critical mass of women's visibility as impressive role models in every aspect of life, one could think that women have gained true equality. The unfortunate fact is that women are still not paid equally to that of their male counterparts, women still are not present in equal numbers in business or politics, and globally women's education, health and the violence against them is worse than that of men.

However, great improvements have been made. We do have female astronauts and prime ministers, school girls are welcomed into university, women can work and have a family, women have real choices. And so the tone and nature of IWD has, for the past few years, moved from being a reminder about the negatives to a celebration of the positives.
Annually on 8 March, thousands of events are held throughout the world to inspire women and celebrate achievements. A global web of rich and diverse local activity connects women from all around the world ranging from political rallies, business conferences, government activities and networking events through to local women's craft markets, theatric performances, fashion parades and more.

Many global corporations have also started to more actively support IWD by running their own internal events and through supporting external ones. For example, on 8 March search engine and media giant Google some years even changes its logo on its global search pages. Year on year IWD is certainly increasing in status. The United States even designates the whole month of March as 'Women's History Month'.

So make a difference, think globally and act locally !! Make everyday International Women's Day. Do your bit to ensure that the future for girls is bright, equal, safe and rewarding.

Source : http://www.internationalwomensday.com

08 March 2010

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang ILMU ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Source from "fwd email".