12 March 2010

" BERETIKA BUDAYA KITA "

Semalam telah pun berlangsungnya program maulidurrasul anjuran pihak KPMBP dan sessi ceramah yang sangat bermanfaat telahpun disampaikan oleh Ustaz Muliadi. Secara rumusannya, penceramah banyak menyelitkan beberapa klip vedio yang menarik serta contoh isu-isu keruntuhan akhlak dewasa ini yang kian berleluasa oleh generasi muda. Di harap sedikit sebanyak program ini mampu mengubah akhlak dan generasi kini untuk berubah kepada personaliti yang lebih baik dan berguna di masa akan datang.

Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad menyuruh kita selalu berpegang kepada Al-Quran dan sunnahnya. Kadang-kadang kita yang dewasa ini juga lupa beberapa amalan yang baik yang sepatutnya kita amalkan demi kesejahteraan dalam kehidupan ini. Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan –amalan berikut:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita Bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca DOA ). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para Saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu Kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam kitab juga Ada melarang Kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah Kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar Kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli Saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam. Sama2lah Kita mengamalkannya.

WallahuA'lam.
Sabda Nabi Muhamad S.A.W, " Sampaikan perkara kebaikan , walaupun sepotong ayat".

No comments:

Post a Comment