23 March 2010

Tarikh sambut keputeraan, hol Johor dipinda

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim semalam, menitahkan supaya sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor yang disambut pada 8 April setiap tahun ditukar kepada 22 November, manakala sambutan Hari Hol Almarhum Sultan dipinda dari 19 Jun tahun ini, kepada 11 Januari 2011.

Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan), Datuk Abdul Ghaffar Abdullah dalam kenyataan dikeluarkan, berkata Sultan Ibrahim menitahkan supaya sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor dipinda dari 8 April kepada 22 November setiap tahun.
Bagi Hari Hol Almarhum Sultan pula, Abdul Ghaffar berkata, ia dipinda dari 6 Rejab 1431 bersamaan 19 Jun 2010 kepada 6 Safar 1432 iaitu 11 Januari 2010.

- sumber Berita Harian -

No comments:

Post a Comment