Lawatan DLM ke PROTON
Pada 18hb Mac 2010, satu lawatan ke Proton telah pun dijalankan yang telah melibat sejumlah lebih daripada 80 pelajar DLM semester 4 (KPMBP). Lawatan ini telah diketuai oleh Azaki Kadis dan diiringi oleh 10 guru pengiring.
Perjalanan ini telah mengambil masa lebih dari 6 jam dan semalaman ke semua peserta yang terlibat tidur di dalam bas. Walaupun penat, tapi pengalaman berada di Proton sangat bernilai dan layanan dari pihak Proton amat memuaskan.
Lawatan ini juga sedikit sebanyak telah mendedahkan pelajar bagaimana sesebuah organisasi terutamanya di bahagian logistik beroperasi dan dirancang serta dilaksanakan dengan baik demi melibatkan keuntungan dan kepentingan organisasi itu sendiri. Jika dilihat secara teliti di setiap bahagian operasi pembuatan Proton, rata-ratanya telah dilaksanakan oleh kaum bumiputera itu sendiri. Jadi tidak mustahillah bagi pelajar Logistik di Kolej ini untuk berjaya dan mampu menerajui kepimpinan yang akan datang terutamanya dalam sektor logistik.
Kita seharusnya bangga dengan teknologi yang dihasilkan oleh Proton yang merupakan pengeluar kereta tempatan yang mampu bersaing di peringkat global. Usaha yang dirancang oleh Tun Mahathir dalam tempoh 10 tahun yang lepas untuk menaikkan nama Proton, kini membuahkan hasil apabila banyak model-model baru proton telah terjual dan diterima oleh pelanggan. Ini terbukti berdasarkan maklumat yang diberi oleh pihak Proton dari segi tempahan model Proton secara konsisten dan berterusan.
Diharapkan aktiviti yang berfaedah ini akan selalu disokong oleh pihak Kolej demi mendedahkan pelajar kepada sektor pekerjaan yang sebenar berdasarkan kursus dalam bidang masing-masing.
No comments:
Post a Comment