14 May 2010

Selamat Hari Guru 2010



Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

11 May 2010

Dosa-Dosa & Facebook

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

07 May 2010

Mengutip cukai adalah haram?

SETIAP kali hujung bulan April setiap tahun, kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) penuh sesak dengan pembayar cukai. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, semua yang mempunyai pendapatan di Malaysia wajib mengisytiharkan pendapatan bercukai mereka.

Namun begitu, ada pihak mempersoalkan tanggungjawab membayar cukai dengan alasan Islam tidak mewajibkan apa-apa bayaran selain zakat. Mereka berhujah dengan sebuah hadis Nabi SAW: "Pengutip cukai tidak akan masuk syurga." (Sunan Abu Dawud & Musnad Ahmad).

Hadis itu seolah-olah menggambarkan tindakan LHDN yang mengutip cukai bagi pihak kerajaan adalah haram dan zalim. Sebenarnya hadis itu perlu dianalisis secara lebih adil dan saksama bagi mengelakkan kekeliruan.

Pada asalnya, Islam hanya mensyariatkan zakat untuk tujuan mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Zakat berfungsi untuk mengimbangi jurang ekonomi di antara orang miskin dan orang kaya. Namun begitu, agihan zakat adalah hak Allah yang hanya terbatas kepada lapan kumpulan (asnaf) sahaja dan ia tidak boleh disalurkan kepada perkara lain, selain yang telah ditetapkan oleh al-Quran (al-Tawbah[6:60]).

Secara logiknya, pihak pemerintah perlu memiliki dana lain (selain zakat) bagi urus tadbir negara seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, keselamatan dan lain-lain.

Berbeza dengan zaman awal Islam, dana untuk tadbir urus negara Islam Madinah banyak ditampung oleh sumber lain seperti Jizyah: cukai kepala kepada golongan bukan Islam, Ghanimah: harta rampasan perang, Khumus: 1/5 daripada keseluruhan Ghanimah yang diperuntukkan kepada Allah & Rasul dan Fi': harta rampasan perang Islam tanpa berlakunya pertempuran.

Rasulullah SAW pula bersikap zuhud dengan menyerahkan kembali bahagiannya daripada Khumus kepada pengurusan negara Islam. Namun begitu, pergantungan kepada sumber-sumber di atas semakin mengecil dengan berkurangnya Futuhat atau pembukaan wilayah baru Islam.

Saidina Umar al-Khattab semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10 peratus yang dipanggil 'Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari negara musuh), 5 peratus kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam) dan 2.5 peratus kepada peniaga Muslim (Muwatta' Malik & Sunan al-Bayhaqi).

Pengurangan cukai diberikan kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu.

Mekanisme cukai yang dibuat oleh Umar adalah untuk menampung perbelanjaan negara Islam yang semakin mendesak. Berpegang kepada zahir hadis yang menyatakan "pengutip cukai tidak akan masuk syurga" tanpa analisis mendalam, seolah-olah menyifatkan Saidina Umar masih lagi jahil sunnah Nabi dan tidak akan ke syurga.

Kenyataan itu ternyata bercanggah dengan sebuah hadis yang menyatakan beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang sudah dijamin syurga (Sunan Abu dawud, al-Tirmidhi, Musnad Ahmad). Ia juga bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW yang menyuruh kita mengikut sunnah Khulafa' al-Rashidin selepasnya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah & Musnad Ahmad).

Menurut Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Zakat, hadis yang mencela pengutipan cukai itu sebenarnya didatangkan dalam konotasi negatif iaitu (Sahib Muks). Ia merujuk kepada cukai yang dikutip untuk menambah kekayaan pemerintah zalim dan kuncu-kuncunya serta menindas rakyat.

Hak rakyat pada cukai itu tidak dikembalikan sebagaimana yang sepatutnya. Akibatnya, jurang ekonomi antara pemerintah dan rakyat bertambah jauh. Sesetengah raja Arab pada zaman jahiliah sudah biasa mengutip cukai sebegini.

Menurut majoriti ulama, pengenaan cukai oleh pemerintah berjalan atas asas Islam yang dikenali sebagai Masalih al-Mursalah iaitu sesuatu peraturan baru yang terbukti mempunyai kepentingan dan faedah kepada umum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Dengan perkataan lain, pengenaan cukai oleh pemerintah menjadi peringatan kepada rakyat bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga setiap inci bumi yang mereka diami sama ada dengan harta atau jiwa raga mereka.

Penulis ialah Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Sumber : Utusan Malaysia

06 May 2010

Hasil, Besar, Cepat cermin transformasi kerajaan




Perubahan sistem penyampaian menerusi 6 NKRA sasar perkhidmatan lebih cekap,
berkesan kepada rakyat


APABILA Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan perkhidmatan awam akan diubah untuk disesuaikan dengan perubahan masa, rakyat tidak menjangka ia akan menjadi program besar-besaran. Perdana Menteri (PM) amat serius mahu perkhidmatan awam yang mampu memenuhi keperluan semasa dengan lebih baik, disertai peningkatan kecekapan dan kepantasan. Baru-baru ini beliau mengumumkan Program Transformasi Kerajaan, atau ringkasnya GTP, bagi melaksanakan perubahan dalam perkhidmatan awam. Beliau melantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Seri Idris Jala, untuk memacu dan memantau proses transformasi ini. Ikuti sedutan wawancara Datuk Ahmad A Talib bersama Idris mengenai tugas yang menanti beliau menerusi rancangan Soal Jawab di TV3.

Secara ringkasnya, apakah dia GTP?

Hasil, Besar, Cepat. Inilah tiga perkataan utama yang mencerminkan GTP. Secara asasnya kita mahu berusaha keras mengubah sistem penyampaian kerajaan agar kita boleh menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan cara yang cekap dan berkesan.

Jadi, Datuk Seri tekankan kepada usaha kepada hasil yang memberi impak besar, secara pantas?

Ya, hasil yang besar, dengan cepat. Sebabnya ialah PM mahu kita mencapai Wawasan 2020, hanya ada 10 tahun lagi. Untuk mencapai status negara maju, banyak yang perlu kita lakukan. Sebab itu kita kena tukar pendekatan untuk capai hasil dengan cepat.

Ketika Wawasan 2020 dikemukakan 10 tahun lalu, persekitarannya berbeza, perkhidmatan awam berbeza, suasana berbeza. Kini, 10 tahun kemudian, keadaan berlainan, PM berlainan, landskap berlainan. Bagaimanakah hendak mengubah pendekatan ini untuk disesuaikan dengan masa sekarang. Bolehkah ia dilaksanakan?
Saya sangat yakin ia boleh dilaksanakan jika kita semua melakukannya bersama-sama. Wawasan yang dicetuskan Tun Dr Mahathir Mohamad sangat menakjubkan. Isunya sejak 10 tahun lalu kita memang membangun, masalahnya negara lain juga turut berkembang, setengahnya melangkah lebih maju daripada kita. Di dunia di mana semua negara bersaing untuk perdagangan, pendidikan dan keupayaan, kita mesti bergerak cepat. Kita bernasib baik mempunyai PM yang fokus memastikan kita semua berkembang.

Jika kita tidak mengadakan GTP, dan tidak merancang, berdasarkan sistem penyampaian dan rangka kerja semasa, amat sukar kita mencapai Wawasan 2020?

Sangat sukar, kerana kita kesuntukan masa. PM kita mempunyai pendekatan yang sangat strategik. Beliau mengemukakan empat tonggak untuk kita berusaha mencapai Wawasan 2020.

Pertama sekali secara perbandingan beliau menyamakan tonggak pertama, Satu Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sebagai bumbung. Kemudian ada dua tonggak iaitu transformasi ekonomi menerusi Model Ekonomi Baru dan transformasi kerajaan yang saya terajui menerusi GTP. Asasnya ialah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas. Inilah empat tonggak yang menjadi pelan hala tuju untuk memandu kita ke arah Wawasan 2020. Saya fikir tidak banyak negara di dunia yang mempunyai pelan hala tuju yang begitu jelas.

Bagaimana GTP bermula?

PM bertanya soalan mudah, jika kita mahu mencapai Wawasan 2020, mari tanya rakyat apa yang mereka mahu kita ubah. Banyak kajian dan kaji selidik dijalankan, ada Kaji Selidik Merdeka dijalankan Merdeka Centre, termasuk analisis media, dalam semua kaji selidik ini, jelas kerajaan perlu ubah sistem penyampaian, enam bidang utama yang rakyat mahukan perubahan besar, perubahan fundamental, bukan sekadar perubahan kecil.

Pertama ialah menangani jenayah, membanteras rasuah, memastikan infrastruktur asas luar bandar, memperbaiki pengangkutan bandar, memperbaiki prospek dan kualiti hidup rakyat berpendapatan rendah dan akhirnya, memperbaiki tahap pendidikan, untuk memastikan penuntut, pemimpin masa depan boleh berkembang.

Selepas GTP dilancarkan, Datuk Seri tentu sekali bercakap dan mendengar pelbagai maklum balas ramai orang. Apakah reaksi rakyat biasa mengenai program ini?

Ada beberapa komen mereka. Apabila kita selesai di makmal, merangka apa yang kita mahu buat. Kita adakan hari terbuka dua hari, di Lembah Klang, di Selangor, 5,000 orang datang. Di Sarawak (1,500), Kota Kinabalu (2,000).

Komen pertama, mereka sokong sepenuhnya usaha transformasi ini, 75 peratus sokong sepenuhnya, 78 peratus setuju dengan inisiatif khusus dalam NKRA. Yang negatifnya dan sedikit positif, ialah mereka yakin kita boleh mencapainya dalam masa 100 tahun. Mereka tidak fikir kita boleh lakukannya dengan cepat. Bagi mereka perkataan kerajaan, perkhidmatan dan pantas tidak boleh wujud bersama-sama. Ia tidak boleh tidur sekatil, malah tidak dalam bilik tidur yang sama sekali pun.

Reaksi Datuk Seri?

Saya tidak terkejut. Sebab itu kita letakkan ramai kakitangan awam, 250 kakitangan awam, kita letakkan mereka di dalam makmal untuk cari penyelesaian masalah kepada enam NKRA tadi.

Bagaimana mereka dipilih?

Kami minta kakitangan awam paling bijak dan paling cekap untuk cari penyelesaian. Dalam tempoh enam minggu, kami buat semua analisis, penyelesaian masalah dan segala yang remeh-temeh agar apabila kami kemukakan untuk pelaksanaan, semua aspek sudah diteliti dan boleh buat dengan cepat. Reaksi kakitangan awam menakjubkan.

Adakah Datuk Seri maksudkan keseluruhan kakitangan awam?

Ya, keseluruhan perkhidmatan awam. Saya percaya kumpulan terasnya, 250 ini, sudah kemukakan penyelesaiannya dengan cepat, selebihnya, iaitu yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan output/daya pengeluaran, sudah bersetuju sepenuhnya yang program ini harus bergerak ke depan. Idea ini datang daripada mereka, bukan saya. Saya cuma ketua pasukan sorak yang mengumpulkan semua pihak, meletakkan semua aspek data untuk dianalisis.

Saya katakan yang hasilnya adalah penyelesaian mengagumkan. Dalam masa enam minggu, kita dapat selesaikan masalah dengan begitu memberangsangkan dari segi kepelbagaian aspek yang lengkap (granularity) dalam penyelesaiannya.

Kaedah ini dulu dipanggil sesi sumbang saran, tapi sekarang istilah lebih popular ialah makmal?

Ya, perbezaannya ialah sesi sumbang saran ini sangat intensif selama enam minggu. Kita bukan adakan sesi sehari dan kemudian balik. Mereka tinggalkan kerja harian untuk bertugas di sana. Moto kami ialah seperti lagu ‘Hotel California’, anda boleh keluar bila-bila masa, tetapi anda tidak akan dapat meninggalkannya sehingga dapat menyelesaikan masalah. Mereka juga panggil tempat itu ‘Rumah Panas’ (Hot House).

Mereka menghabiskan masa lama di sana. Benarkah?

Betul. Ada satu makmal di mana mereka bekerja hingga jam 5 pagi.

Makmal yang mana?

Makmal mengenai Pengurusan Data. Kita ada enam makmal NKRA, satu dipanggil Makmal Perpaduan, satu mengenai Pengurusan Data yang perlu mengadakan sistem yang betul supaya kami boleh memantau kemajuan KPI.

Apakah pemantauan yang dilakukan PM, adakah beliau melawat makmal?

PM dan menteri Kabinet sentiasa datang. Bagi setiap NKRA ada menteri penerajunya. Jadi mereka sentiasa datang ke makmal meninjau kemajuan. Setiap bulan PM pengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Sistem Penyampaian serta semua wakil kementerian dan Jawatankuasa Pemandu yang mengelola semua tugas ini. PM sangat mengambil berat secara langsung (hands-on), setiap Jumaat saya pengerusikan mesyuarat yang dipanggil Mesyuarat Penyelesaian Masalah.

Dalam mesyuarat ini saya hanya mahu tahu masalah. Kalau kakitangan awam kata tiada masalah, apabila bermesyuarat dengan PM, tiada kemajuan, tentu ada yang tidak kena. Jadi setiap Jumaat kita bermesyuarat cari masalah, ada masanya masalah kewangan, tidak cukup sumber, jadi kita cari penyelesaiannya. Kemajuan sangat memberangsangkan dalam suku pertama lalu.

Sekarang ia dipanggil GTP, sebelum itu NKRA, pada awalnya KPI, jadi pengubahsuaian dilakukan hingga ia menjadi GTP. Datuk Seri memang terbabit sejak mula?

Betul. Idea asalnya ialah mengenai KPI, Petunjuk Prestasi Utama.

Adakah Datuk Seri bersetuju bahawa kegagalan dan kejayaan GTP bergantung sebahagian besarnya kepada perkhidmatan awam?

Setuju sepenuhnya. Kalau perkhidmatan awam tidak bergerak, tiada yang bergerak, dan kini mereka bergerak.

Apa yang mencetuskan ‘gerakan’ itu?

Biar saya beri contoh yang baik mengenai menangani jenayah. Menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berada di sana siang malam mengetuai projek ini. Di makmal kita analisis kejadian jenayah sepanjang tahun lalu. Kita dapati sebahagian besar jenayah berlaku di 50 kawasan panas (hotspot). Satu daripada cadangan yang diberikan kakitangan awam ialah penempatan polis di 50 hotspot ini.

Ini adalah hasil yang dicadangkan di makmal?

Ya. Apabila kita tempatkan 14,000 polis di kawasan panas ini, dan pasukan sukarela seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Rela, seramai 3,160 ditempatkan di sana, hasilnya, jenayah jalanan berkurangan dengan ketara sebanyak 33 peratus pada suku pertama, dengan mengambil kira jenayah meningkat sejak tiga tahun lalu setiap tahun.

Malah indeks jenayah, iaitu jumlah semua jenis jenayah buat kali pertama dalam tiga tahun, jenayah jalanan, turun 11 peratus. Ini hasil yang luar biasa! Apabila saya bandingkan dengan apa dilakukan di United Kingdom di bawah pentadbiran Tony Blair, didapati mereka mencatat penurunan hanya selepas dua tahun program sama dijalankan.

Datuk Seri mendapat hasil dalam masa tiga bulan?

Ya, selepas tiga bulan ia mula menampakkan hasil. Mengenai pendidikan pula, di makmal kita dapati cabarannya ialah 40 peratus kanak-kanak yang masuk sekolah rendah tidak pernah ke tadika. Jadi apabila masuk Tahun Satu, mereka terpaksa mengejar kerana pengajaran adalah berdasarkan 60 peratus lagi yang mendapat pendidikan asas di tadika. Tahun Dua mereka tidak dapat kejar, masalah ini akan terus menggunung. Apa yang kita buat ialah kita lancarkan bilangan tadika paling besar pernah diadakan dalam satu tahun.

Menerusi kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau memberi fokus yang besar untuk pendidikan. Untuk kali pertama dalam sejarah, kita bina paling banyak kelas tadika. Pada Januari, kita buka 929 tadika yang memberi manfaat kepada 18,000 kanak-kanak. Pada Oktober hingga Disember tahun lalu, kami melatih 15,500 guru pemulihan membantu mengajar kanak-kanak bermasalah membaca dan mengira di tadika.

Kita kini memberi penarafan kepada 7,616 sekolah rendah. Program Penarafan Sekolah Terbaik dan Terburuk, kita minta semua pengetua dan guru untuk fokus untuk memperbaiki gred penuntut.

Kita ada ‘tool kit’ yang mana kita tahu dengan tepat guru mana dalam kelas mana yang gagal dalam subjek mana.

Ini adalah pengalaman sebenar?

Ya, ini pengalaman sebenar di lapangan. Kami percaya jika kita terus fokus, kita akan perbaiki kualiti sekolah rendah, supaya dengan adanya asas kukuh, di sekolah menengah nanti kita boleh laksanakan langkah intervensi, diikuti akhirnya dengan pendidikan tinggi. Pendidikan adalah proses mengambil masa panjang, supaya pada 2020 kita akan berdiri sama tinggi dengan negara lain.

Berapa jauhkah kita ketinggalan?

Kita tidak terlalu jauh di belakang. Kecuali sejak tiga tahun lalu trend matematik dan sains kita menurun, kita berada pada peringkat pertengahan. Kita perlu memperbaikinya.

Saya fikir kita boleh menghentikan penurunan ini sekarang?

Sebab itu kita perlu mempunyai asas yang kukuh sekarang. Ada pandangan mengatakan kita boleh memperbaikinya pada peringkat universiti, tetapi pengalaman banyak negara yang mengadakan transformasi pendidikan ialah, bermula dengan peringkat asas. Seperti membina rumah, kalau asasnya tak kukuh, rumah tidak boleh dibina. Ia mesti bermula di sekolah rendah.

Perubahan minda, sebab pada akhirnya mesti ada yang memacu perubahan ini. Datuk Seri memacu secara keseluruhan,tetapi bagaimana hendak pastikan perubahan ini diteruskan?

Sebenarnya, bukan kami memulakan perubahan ini. Rangka perubahan minda ini saya sebutkannya sebagai unsur yin dan yang. Bayangkan yin dan yang. Fokus kepada yin dulu, iaitu kepada tindakan. Maknanya buat dulu, buat sekolah tadika, letakkan polis di tempat jenayah, letak CCTV buat sekarang bukan esok, bila anda sudah buat, barulah minda berubah, itu adalah unsur yang.

Lebih cepat kita memastikan mereka bertindak, melakukan sesuatu, lebih cepat minda berubah. Kalau kita beritahu mereka kita hendak buat transformasi, kita katakan mesti berubah, tetapi tidak menggerakkannya, tiada yang akan berubah. Itu bukan caranya. Kita mesti lakukan perubahan cara mereka melakukan sesuatu, barulah perubahan minda berlaku. Jika dibuat berulang-ulang, mesti berjaya. Sebab itu saya katakan kejayaan GTP boleh dicerminkan melalui tiga perkataan – Hasil, Besar, Cepat.

Datuk Seri sangat yakin. Adakah keseluruhan perkhidmatan awam menyerap semangat ini?

Bagus. Apa yang kita buat, ialah fokus kepada enam NKRA, kita juga tidak boleh lupakan pencapaian kementerian lain, Ministerial Key Result, kita jelaskan mengenainya di dalam buku. Kita baru saja selesai membuat penilaian KPI kementerian dan PM sudah menilai mereka. Saya amat gembira dengan kerja dilaksanakan di sana. Jika kita terus fokus dan meneruskan kerja ini, saya yakin Wawasan 2020 boleh dicapai. Kita tidak boleh lalai.

Datuk Seri Seri berada dalam semua enam NKRA ini, dan memberikan input?

Ya, saya ada pasukan dinamakan Jawatankuasa Pemandu, yang bertugas memacu transformasi ini. Adalah penting diingat kami pemandu, bukan orang yang membuatnya. Misalnya untuk perangi jenayah, bukan kami yang akan ditempatkan di kawasan panas, polis yang akan membuatnya, mereka melakukannya dengan baik. Polis sangat cemerlang. Tiada cara kami boleh kurangkan jenayah tanpa komitmen penuh daripada polis.

Saya percaya kalau kita beritahu orang, jangan takut jenayah, itu tidak akan berkesan. Caranya ialah memastikan lebih ramai polis di kawasan panas, orang ramai rasa selamat. Adalah tidak benar pelancong berasakan negara kita tidak selamat. Perbandingan Piawaian Antarabangsa Jenayah menunjukkan kita hanya mencatat 750 jenayah bagi 100,000 penduduk, di UK 7,900 jenayah bagi 100,000. Singapura yang kecil mencatat 650 bagi 100,000. Jadi, kenapa kita letak jenayah sebagai satu daripada bidang keutamaan? Ini kerana kebimbangan mengenai trend yang mencatat peningkatan.

Mengenai kesesakan lalu lintas, ia semakin menyesakkan. Bagaimana ini boleh diatasi?

Di dalam makmal kita teliti masalah ini. Ada dua perkara, pertama bilangan pengguna pengangkutan awam hanya 10 peratus, selebihnya menggunakan kenderaan sendiri atau teksi. Sebab itu sesak. Penyelesaiannya mudah, tingkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam kota. Pertama, kita lihat kapasiti LRT tidak mampu memenuhi keperluan. Dengan segera, dalam masa tiga bulan sejak Januari kita tambah 8 set 4 koc kereta api, yang bagusnya secara serta-merta kita menambah bilangan pengguna LRT kepada 955,000 pengguna.

Jadi pemilik LRT tentu gembira?

Itu tidak mencukupi. Kita telah menempah 29 set koc LRT yang akan diterima menjelang akhir tahun ini. Dengan segera, hampir sejuta pengguna baru LRT diwujudkan. Kita juga mengambil kira aduan mengenai Pudu Raya. Ada orang kata Pudu Raya bagaikan ‘Neraka Dunia’. Sekarang, kita lakukan banyak pembaharuan, kita jadikannya nampak lebih cantik. Cabaran utama di Pudu Raya ialah setiap hari 1,000 bas dari seluruh negara berkumpul di sini. Apa yang mesti kita lakukan di makmal ialah kita pecahkan masalah itu.

Sekarang kita sedang bina Terminal di Bandar Tasik Selatan, akan siap pada November tahun ini, 70 peratus siap, yang akan mengambil 250 bas dari Selatan, Johor dan Melaka. Mereka tak akan masuk ke Pudu Raya, kemudian kita adakan perkhidmatan ‘shuttle’. Kita juga sedang bina satu lagi di Gombak untuk bas dari Utara dan Timur, 250 bas. Maknanya menjelang suku pertama tahun depan 500 bas yang selalunya datang ke Pudu Raya, dialihkan dari jalan raya di sekitar Pudu Raya. Selain 1,000 bas, ada 40,000 kereta datang ke Pudu Raya untuk ambil penumpang, sebab itu sesak.

Kita juga sibuk memperbaiki 400 tempat menunggu bas yang buruk dan rosak. Menjelang akhir tahun ini saya harap hampir semua siap. Banyak kerja dibuat untuk membaiki, tapi saya yakin kalau kita terus fokus, dalam masa tiga bulan ini saya nampak banyak pembaikan. Kita boleh buat. Saya juga hampir lupa mengenai laluan bas. Misalnya jika anda datang dari Taman Sri Muda, Shah Alam, kalau nak datang KL Sentral, mengambil masa 65 minit kerana ada 30 perhentian bas. Sekarang kita buka laluan baru menggunakan Kesas, hanya ada empat perhentian.

Tambang naik atau tidak?

Sama juga. Jadi pengguna boleh datang gunakan laluan ini, dengan empat perhentian, hanya 25 minit. Kita panggil cara ini, bas ekspres transit, sudah laksanakan di empat koridor.

Boleh Datuk Seri terangkan mengenai apa dilakukan untuk Sabah dan Sarawak?

Perkara utama di Sabah dan Sarawak ialah program infrastruktur asas, itu permintaan rakyat di sana, di tempat terpencil, mesti perbaiki jalan, elektrik, rumah dan air. Untuk kali pertama sejak kita merdeka, kita ada program pembangunan luar bandar secara agresif, terutama di Sabah dan Sarawak.

Jalan luar bandar yang akan dibina dalam tempoh tiga tahun akan datang ialah 1001 peratus lebih daripada tahun sebelumnya. Elektrik 500 peratus, perumahan 250 peratus lebih, air di kawasan luar bandar 700 peratus. Setakat ini program ini, 70 peratus peruntukannya akan memberi manfaat kepada Sabah dan Sarawak. Di sana keperluan mendesak.

Dengan wawasan ini, sebarang kegagalan adalah kegagalan kita sendiri?

Ya. Itu mengenai transformasi sosial. PM banyak bercakap mengenai transformasi ekonomi, Model Ekonomi Baru, kita akan adakan makmal untuk NKEA – Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (turut babitkan sektor swasta), minggu depan kita adakan bengkel untuk 1,000 orang, agar apabila kita kenal pasti NKEA, seperti GTP, untuk dua bulan, kemudian kita adakan hari terbuka, di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, untuk orang ramai.

Seterusnya kita akan terbitkan buku, (itu pelan hala tuju), menjelang akhir tahun ini, program transformasi ekonomi. Kemudian kita akan pantau sama seperti pemantauan GTP. Apabila kita buat itu, barulah rakyat akan mula faham, apa yang PM sedang buat, dalam usaha kita mencapai Wawasan 2020.

Datuk Seri pernah berada dalam sektor swasta dan kini dalam kerajaan, kepuasannya berbeza. Apa lagi yang buat anda rasa sudah menyumbang secara bermakna?

Dalam kerajaan, semuanya mengenai rakyat. Cabaran dalam kerajaan ialah memahami apa yang rakyat mahukan? Siapakah rakyat? Banyak segmen berbeza. Kadang kala majoriti rakyat adalah senyap. Anda perlu benar-benar dengar apa majoriti senyap mahu, berbanding mereka yang lantang walaupun ada kalanya mereka mencerminkan apa yang majoriti senyap mahukan.

Jika dapat pandangan semua rakyat, jalankan program berkesan, apabila rakyat puas hati, itulah yang penting. Saya ingin sampaikan dua mesej ini jika boleh, iaitu orang kata benar bahawa masa kini kita diwarnai oleh masa lalu, tetapi yang indahnya ialah kita sendiri boleh menentukan corak warna masa depan sendiri. PM memberi kita peluang menentukan sendiri corak masa depan dan kita berusaha menentukan ke arah itu.

Mesej kedua ialah jika rakyat berjumpa kakitangan awam, tolonglah katakan sesuatu yang baik dan positif kepada mereka, kerana saya percaya jika kita berbuat demikian, mereka akan menjadi lebih baik. Hellen Keller berkata, hadapkan wajah anda ke arah cahaya matahari, dan anda tidak akan nampak bayang.

Sumber : Berita Harian

05 May 2010

Saintis cipta alat pengesan daging babi dalam makanan

ALMATY: Saintis di Kazakhstan memperkenalkan alat ujian segera kehadiran elemen babi di dalam makanan, lapor akhbar tempatan kelmarin, memudahkan penduduk negara majoriti Islam ini mengenalpasti makanan halal.

Kayu penguji plastik yang direka itu berupaya mengesan molekul makanan yang hanya ditemui dalam daging babi, yang mudah ditemui di negara Asia Tengah ini, kata mingguan Megapolis.

“Tiada rahsia sesetengah chef menipu dan mencampurkan daging babi dengan daging lembu untuk menjadikan makanan itu lebih murah,” kata akhbar itu kelmarin.

Sumber : Berita Harian

04 May 2010

Awas - Panggilan Misteri Kad Kredit Untuk Menipu

Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang dihadapinya.

Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.

Rakan - Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.

Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.

Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.

Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.

Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?

Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.

Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.

Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula. --

03 May 2010

Don't like fish?

Its a top source of omega-3 fatty acids, which studies show can reduce blood pressure and the risk of heart attack - but what if you don't like the flavour of fish?

A study from England suggests that you may get nearly as much benefit from plant foods that contain alpha-linolenic acid, a substance that your body converts into omega-3. Blood tests on women who eat fish and those who don't suggest that fish-avoiders become more efficient at converting alpha-linolenic acids into omega-3, boasting an omega-3 count only 10% lower than fish-eaters.

The best sources of this acid?

Canola and soybean oils, walnuts, tofu and flaxseed.

Source : HealthSmart, Reader's Digest

Selamat Hari Pekerja 2010




Pekerja Berinovasi, Pemacu Transformasi ... begitulah motto sambutan Hari Pekerja tahun 2010 yang berkeinginan untuk meningkatkan daya saing dan daya motivasi kesemua pekerja tidak mengira sektor perkhidmatan awam mahupun sektor swasta dalam menjadikan seseorang pekerja penuh berintegriti, amanah dah mempunyai kreativiti dan inovasi dalam sesuatu bidang.

Inovasi yang dimaksudkan adalah mempunyai memperkenalkan idea-idea baru dalam semua aspek kerja untuk menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi, menjimatkan sumber dan mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan.

Transformasi yang dimaksudkan adalah kebolehupayaan untuk mengubah sesuatu yang menjadi kelaziman sejak sekian lama namum diberi nafas baru dan semangat yang baru dalam memudahkan, mempercepatkan dan mecapai matlamat serta sasaran yang ditetapkan.

Anugerah PERSAMA 2010

PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2010 yang akan diadakan di penghujung tahun 2010.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak saudara untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan Jabatan saudara atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2010 bagi kategori berikut.

* Buku Karya Asli
* Buku Karya Terjemahan
* Tesis Sarjana
* Tesis Doktor Falsafah
* Makalah Ilmiah
* Rekacipta Matematik
* Rencana popular


Hadiah bagi pemenang utama dan beberapa pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan amat digalakkan tetapi pencalonan dari individu juga turut diterima. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk tindakan saudara seterusnya. Untuk makluman, tarikh tutup pencalonan adalah pada 31 Mac 2010. Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan berserta borang pencalonan terus kepada saya di alamat di bawah.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada saya. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. Wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,
Prof Madya Dr Nor Haniza Sarmin
Penyelaras Anugerah PERSAMA 2010
d/a Jabatan Matematik, Fakulti Sains,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai, Johor
Tel : 07-5534867 (pej), 017-7557660 (h/p) Mel-e : nhs@utm.my

----------------------------------------------------------------------------------


SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN

* Calon adalah rakyat Malaysia.
* Keutamaan diberi kepada ahli PERSAMA.
* Karya tersebut mestilah diterbitkan dalam tahun 2009.
* Karya tersebut tidak dihasilkan oleh ahli Majlis Eksekutif PERSAMA / ahli jawatankuasa / panel hakim pertandingan (sepenuhnya atau bersama).
* Keputusan panel hakim adalah muktamad.


SYARAT-SYARAT KHUSUS PERTANDINGAN

KATEGORI BUKU KARYA ASLI DAN BUKU TERJEMAHAN

Senaskhah buku berserta borang pencalonan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat -lewatnya pada 31 Mac 2010 untuk proses saringan awal.

Penilaian dilakukan berdasarkan kepada beberapa perkara berikut:

Karya Asli

* Mestilah diterbitkan oleh penerbit tempatan.
* Buku-buku tersebut mestilah berunsurkan Sains Matematik, Sains Teknologi, Sains Komputer, Statistik, Ekonomi dan Matematik, Sains Kejuruteraan, Matematik Pendidikan, atau Sejarah dan Falsafah Matematik.
* Tahap ilmu universiti dalam bahasa Malaysia (atau Bahasa Inggeris) dan karya bukan ahli jawatan kuasa/panel penilai/hakim pertandingan ini. Buku yang ditulis dalam Bahasa Malaysia adalah diutamakan.
* Kepribumian karya: Kefasihan bahasa, nahu, keretorikan, ketepatan istilah, kepercayaan kepada Bahasa Melayu (atau Bahasa Inggeris) seperti terpancar menerusi ketiadaan istilah atau ungkapan yang dipetik daripada bahasa/sumber lain; bahan yang tidak asing daripada bahan/budaya setempat, atau serantau.
* Keaslian idea, bahan, pendekatan, pengolahan, dan penyusunan.
* Keikhlasan, ketanggungjawaban dan keintegritian yang terpancar menerusi kejelasan hujah dan sumber.
* Ketelitian akademik.
* Mutu perbukuan: bentuk luarannya, rujukan, indeks dan sebagainya.


Karya Terjemahan

* Tahap ilmu universiti dalam bahasa Melayu dan karya bukan ahli jawatan kuasa/panel penilai/hakim pertandingan ini.
* Keklasikan/keistimewaan buku aslinya daripada pelbagai aspek termasuk ketelitian akademiknya.
* Sumbangan penterjemah kepada ilmu yang diterjemahkannya, seperti menerusi tafsirannya, dan penjelasannya (bukan sekadar terjemahan harafiah).
* Mutu bahasa terjemahannya sama dengan dalam kriterium 2 dalam karya asli di atas.
* Mutu perbukuan: bentuk luarannya, rujukan, indeks dan sebagainya.



KATEGORI TESIS SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH

Setiap jabatan/fakulti berkenaan dari IPT tempatan diminta mencalonkan tesis yang terbaik dari Jabatan/Fakulti berkenaan (fakulti terletaknya pengajian sains matematik) dalam kategori Sarjana dan Doktor Falsafah. Maklumat tesis yang dicalonkan itu hendaklah disertakan dengan:

* abstrak tesis
* salinan laporan pemeriksa luar dan dalam
* salinan softcopy keseluruhan tesis dalam bentuk CD (termasuk muka depan)
* senarai penerbitan yang terhasil dari penulisan/penyelidikan tesis tersebut.


Bahan-bahan tersebut berserta borang pencalonan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010. Hanya tesis yang mencapai taraf cemerlang sahaja yang dipertimbangkan oleh jawatan kuasa atau panel hakim hadiah ini.


KATEGORI MAKALAH ILMIAH

Setiap penerbit/jabatan/fakulti berkenaan dari IPT tempatan diminta mencalonkan makalah terbaik dari Jabatan/Fakulti di tempat terletaknya pengajian sains matematik. Bidang Sains Matematik ialah yang merangkumi semua pengajian yang bermatematik seperti yang ditakrifkan oleh PERSAMA.

Tiga salinan makalah yang dicalonkan bersama-sama salinan muka depan jurnal dan borang pencalonan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010.

Kriteria Makalah Ilmiah:

* Mestilah diterbitkan oleh jurnal-jurnal tempatan
* Ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris



KATEGORI REKACIPTA MATEMATIK

Penyertaan adalah dibuka kepada semua ahli akademik bidang sains matematik. Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk menghasilkan daya kreatif dan inovasi dalam bidang sains matematik di kalangan ahli-ahli akademik bidang ini. Hasilan rekacipta mestilah berbentuk idea, konsep, sistem, proses, teknik atau perisian yang mempunyai elemen matematik.

Kriteria Rekacipta Matematik:

* Mempunyai elemen matematik
* Rekacipta asli atau baru
* Hasil dari penyelidikan
* Mempunyai nilai komersil
* Kepelbagaian gunaan
* Mesra pengguna
* Rekacipta yang telah memenangi mana-mana anugerah daripada mana-mana persatuan selain dari PERSAMA boleh dipertimbangkan


Hasil rekacipta yang dicalonkan (dalam bentuk CD dan poster/pamplet dsbnya) berserta borang pencalonan hendaklah dihantar terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010.


KATEGORI RENCANA POPULAR

Salah satu matlamat PERSAMA ialah untuk mendidik masyarakat umum tentang peranan dan keberkesanan sains matemtik dalam pembangunan negara khususnya Malaysia. Anugerah ini dizahirkan khas kepada para penulis yang mampu membantu PERSAMA untuk mencapai matlamat ini. Penulisan yang membincangkan permasalahan pendidikan sains matematik di tanah air pada semua peringkat juga akan dipertimbangkan.

Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk yang telah diterbitkan (bukan fotokopi) berserta borang pencalonan terus kepada Penyelaras Anugerah PERSAMA selewat-lewatnya pada 31 Mac 2010.

Dengan ini, pihak PERSAMA mengalu-alukan penyertaan daripada semua penulis tempatan untuk merebut anugerah ini tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria berikut :

* Penulisan berkenaan hendaklah terbit dalam akhbar atau majalah tempatan.
* Penulisan yang terbit dalam majalah dalaman yang agak luas skop pembacanya juga akan dipertimbangkan (contohnya terbitan dalam Universiti).
* Mempunyai elemen sains matematik.
* Jalan bahasanya sesuai kepada mereka yang berkepakaran di luar bidang sains matematik.
* Keutamaan diberikan kepada penulisan dalam Bahasa Malaysia.

Syarat bersara pilihan bukan tetap

Langkah perketat hanya sementara, ditarik balik jika ekonomi pulih.

KUALA LUMPUR: Syarat permohonan bersara pilihan kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan yang diperketatkan dan diperkenalkan 1 Februari lalu, akan ditarik balik apabila kedudukan ekonomi dan kewangan semasa negara pulih.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata meskipun syarat permohonan bersara pilihan diperketatkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun mereka yang benar-benar memenuhi syarat seperti memerlukan wang untuk kesihatan, pendidikan atau mengelak daripada bankrap, boleh mendapatkan bayaran ganjaran sekali gus ketika bersara pilihan.

“Syarat yang diperkenalkan itu adalah langkah sementara saja.

“Ia akan ditarik balik apabila ekonomi negara bertambah baik,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA, Datuk Yeow Chin Kiong, berkata JPA mengetatkan permohonan bersara pilihan kakitangan awam itu berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Katanya, antara syarat baru yang diperkenalkan mulai 1 Februari lalu ialah kakitangan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi ketika bersara pilihan, berbanding bayaran sekali gus seperti yang dibuat sebelum ini.
Baki ganjaran akan dibayar bergantung kepada keputusan kerajaan, tetapi tidak melampaui usia bersara wajib pekerja terbabit. Bagaimanapun, wang gantian cuti rehat dan pencen bulanan dibayar mengikut undang-undang.

Kali pertama JPA mengambil langkah sama ialah pada 1998 berkuat kuasa selama 18 bulan.

Ekoran itu, Cuepacs telah mengadakan perbincangan dengan JPA bagi membincangkan semula syarat baru bersara pilihan yang disifatkannya tidak adil kepada kakitangan awam.

Presidennya, Omar Osman ketika dihubungi berkata, pada pertemuan antara Cuepacs dan JPA baru-baru ini, JPA memberi jaminan bahawa pelaksanaan syarat baru itu adalah bagi jangka pendek saja.

“Cuepacs sangat berharap pelaksanaan syarat baru itu hanya sehingga hujung tahun ini saja dan dapat ditarik balik awal Januari tahun depan,” katanya.

Pada pertemuan itu juga, katanya, Cuepacs mahu supaya faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak empat peratus sekarang ini diturunkan kepada satu peratus.

Katanya, ia kerana kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus sekarang yang dilaksanakan sejak kira-kira 30 tahun lalu hanya sesuai ketika harga rumah jauh lebih rendah daripada sekarang ini.

“Harga rumah sekarang adalah jauh lebih mahal.

Oleh Azman Zakaria
azmanz@bharian.com.my
2010/05/03

“Bagi kakitangan awam berpendapatan sederhana dan rendah, bayaran balik bulanan pada kadar empat peratus itu adalah tinggi,” katanya.