Bermatlamat untuk memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar lebih kondusif dan produktif.
03 May 2010
Selamat Hari Pekerja 2010
Pekerja Berinovasi, Pemacu Transformasi ... begitulah motto sambutan Hari Pekerja tahun 2010 yang berkeinginan untuk meningkatkan daya saing dan daya motivasi kesemua pekerja tidak mengira sektor perkhidmatan awam mahupun sektor swasta dalam menjadikan seseorang pekerja penuh berintegriti, amanah dah mempunyai kreativiti dan inovasi dalam sesuatu bidang.
Inovasi yang dimaksudkan adalah mempunyai memperkenalkan idea-idea baru dalam semua aspek kerja untuk menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi, menjimatkan sumber dan mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan.
Transformasi yang dimaksudkan adalah kebolehupayaan untuk mengubah sesuatu yang menjadi kelaziman sejak sekian lama namum diberi nafas baru dan semangat yang baru dalam memudahkan, mempercepatkan dan mecapai matlamat serta sasaran yang ditetapkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment