01 February 2010

Renungan Isnin

Terjemahan ayat 1 hingga 11 Surah Yaa Siin


يس
1. Yaa, Siin.


وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ
2. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,


إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ
3. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,


عَلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
4. Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).


تَنزِيلَ الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ
5. Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,


لِتُنذِرَ قَوْماً مَّا أُنذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ
6. Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.


لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَى أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
7. Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.


إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلاَلاً فَهِيَ إِلَى الأَذْقَانِ فَهُم مُّقْمَحُونَ
8. Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.


وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدّاً وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدّاً فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لاَ يُبْصِرُونَ
9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).


وَسَوَاء عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ
10. Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman.


إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَن بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ
11. Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.


Semoga terjemahan surah ini dapat dijadikan renungan bersama. Ayat-ayat ini tidak dapat ku tafsirkan kerana pentafsiran ayat-ayat Quran perlulah melalui alim ulama yang telah benar-benar mendalami ilmu pentafsiran. Berdosa besar sekiranya kita mentafsir ayat Al-Quran mengikut kehendak diri tanpa ilmu yang mendalam. Sekiranya tidak faham, berdiam diri adalah lebih baik daripada menyatakan sesuatu yang kita tidak ilmu tentangnya. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa hambaNya yang jahil dan lalai.

- sumbangan dari Biro Kerohanian, KPM Bandar Penawar -

No comments:

Post a Comment