24 February 2010

PSN (Program Siswa Niaga)

Sesuai dengan motto kolej iaitu to be a leading and prominient business college, semua kakitangan Keswar adalah amat digalakkan untuk turut sama menjana perniagaan di bawah platform PSN (Program Siswa Niaga).

Kepada kelab staf Keswar yang berminat untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan mahupun besar - besaran di dalam kolej ini, bolehlah berurusan dengan penyelaras PSN iaitu Cik Suzana Omar (019-663 8377) di Jabatan Sains Kuantitatif.

Kalau dah berniaga sudah pastilah mesti ada untung dan ruginya. Bak kata bidalan, jangan diredah lautan kalau takut dihempas badai. Sabda Nabi s.a.w., "Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji."...Sebab itulah, orang berniaga hidupnya berkat jika dia pandai mengurus dunia perniagaannya.

Islam menyukai bidang perniagaan. Ianya adalah sumber keuntungan yang diharuskan oleh syara'. Al-Qur'an sendiri menamakan menuntut atau mencari rezeki dengan jalan perniagaan itu sebagai mencari sebahagian daripada kurnia Allah. Firman Allah:

Tafsirnya: "Mereka mencari sebahagian kurnia Allah." (Surah al-Muzzammil:20)

Sebagai suatu langkah ke arah itu, berikut ialah beberapa garis panduan mengenai perniagaan;-

(i) Jangan menjual atau membeli sesuatu kecuali dengan akad ijab dan qabul yang sah, kerana bertukar tangan di dalam jual beli tanpa ijab dan qabul tidak mencukupi, kecuali yang diharuskan oleh setengah ulama iaitu pada benda-benda yang kecil yang tidak bernilai tinggi.

(ii) Barang-barang yang diperniagakan itu halal, bukan yang diharamkan oleh syara' seperti arak, sekalipun yang akan membelinya bukan orang Islam, kerana laknat dalam perkara arak ini termasuk tukang perah, pembawa ke mana arak itu dihantar, tukang petik (buah untuk dijadikan arak), penjual, yang menerima hasil jualan dan lain-lain siapa saja yang terlibat dalam perkara arak ini.

(iii) Jangan berjual beli dengan riba, kerana riba itu suatu dosa besar dan bahaya yang berat. Banyak ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis memberikan ancaman demikian.

(iv) Jangan menipu, mengkhianati pembeli atau memutar belit dan mengelirukan orang. Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Sesiapa yang menipu kita, maka dia bukan dari golongan kita."
(Hadis riwayat Muslim dan lainnya)
Pernah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam menemui seorang sedang berjual makanan lalu disentuh makanan itu dengan jarinya didapati sebelah dalamnya basah. Maka Baginda pun bersabda kepada penjual makanan itu: "Wahai penjual apa ini?" Jawab penjual : "Itu kena hujan tadi." Sabda Baginda lagi : "Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya pembeli nampak. Barangsiapa yang menipu kita, bukan dari golongan kaum muslimin."

(v) Jangan memonopoli barang-barang dagangan (menahan atau mengumpul barang-barang dagangan untuk dijual dengan harga yang lebih mahal). Memonopoli itu adalah haram. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa memonopoli, maka dia adalah bersalah."(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Semoga dengan irsyad yang diberikan, para peniaga khususnya, bukan hanya akan memperolehi keuntungan, malahan mendapat rezeki yang berkat dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Sumber rujukan : http://wiezam.tripod.com/id16.html

No comments:

Post a Comment