Setelah semalam, calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar berdebat dan berhujah berkempen untuk memenangi hati pengundi-pengundi, hari ini kesemua pelajar telah menunaikan tanggungjawab sosial dalam memilih pucuk pimpinan yang akan menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2010/2011.
Suruhanjaya Pilihan Raya KPMBP telah membuka pusat mengundi seawal jam 9:00 pagi dan proses pengundian berlangsung sehingga jam 4:00 petang ini.
KESWAR ingin mengucapkan Selamat Mengundi dan tentukan pilihan anda adalah pilihan yang bijak dalam membantu meningkatkan taraf pembudayaan kepimpinan di kalangan siswa siswi Kolej Profesional MARA Bandar Penawar.
Bagi warga KESWAR yang masih belum mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi yang sah, silalah daftarkan diri anda sebagai mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai hak seorang warganegara.
Kenapa anda perlu mendaftar sebagai pengundi?
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.
Siapa yang layak mendaftar sebagai pengundi?
- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak hilang kelayakan.
Bagaimana mendaftar sebagai pengundi?
- Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani
borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda
Untuk menyemak Senarai Daftar Pemilih secara atas talian, sila klik di sini.
No comments:
Post a Comment