Kita semakin merasai kesan pemanasan global dari hari ke sehari ... sekarang, fenomena kepanasan melampau masih belum dirasai di negara kita namun, di sesetengah tempat di dunia, ada yang menjangkau ke suhu 40C bahkan pernah tercatat setinggi 50C.
Fenomena panas dan cuaca kering di negara ini yang melanda sejak dari awal tahun ini bakal menjadi lebih terik menjelang 21 Mac apabila kedudukan matahari yang berada tegak di atas garisan Khatulistiwa iaitu, waktu siang dan malam adalah sama panjangnya di hemisfera utara dan hemisfera selatan.
Menurut berita, keadaan air di Sungai Sembrong, Johor telah mula surut ke paras yang membimbangkan dan ini juga bakal membawa kepada implikasi-implikasi lain kepada pengguna.
Bagi mengatasi masalah dehidrasi ataupun kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung, berikut adalah langkah-langkah terbaik bagi mengatasinya :
a) Minum air dengan banyak
Air akan banyak hilang akibat proses dehidrasi dan memerlukan gantian bagi melancarkan proses-proses di dalam tubuh badan.
b) Ubahsuai diet makanan anda
Elakkan makanan pedas mahupun makanan berat. Lebihkan makan salad mahupun buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.
c) Rasional dalam melakukan senaman
Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Alternatifnya, pilih waktu yang lebih selesa untuk bersenam atau beriadah.
d) Pilih pakaian yang sesuai
Pakailah pakaian yang memiliki warna yang terang dan elakkan memakai baju berwarna gelap yang menyerap haba.
e) Elakkan perangkap haba
Letakkan kenderaan anda di tempat yang tertutup ataupun teduh. Jika keluar dari rumah, jangan lupa untuk membawa air minuman.
Fakta kesan haba panas kepada tubuh badan
20C - selesa, denyut nadi normal
25C - peluh biasa
30C - ketidakselesaan
40C - kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi lebih pantas, letih
45C - kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering
- sumber dari berita harian -
No comments:
Post a Comment