Mottainai ... sekali sebut, bunyinya pun dah macam sebutan bahasa Jepun ... ejaannya dalam bahasa Jepun ... もったいない
Pengertiannya ... satu rasa penyesalan terhadap sisa atau lebihan bagi sesuatu sumber mahupun objek yang tidak digunakan sepenuhnya. ("a sense of regret concerning waste when the intrinsic value of an object or resource is not properly utilized" - taken from Wikipedia)
Dalam bahasa mudahnya, sungguh membazirkan atau janganlah membazir. Konsep pembaziran ini bukan sahaja merentas bangsa tetapi juga di dalam agama, Islam juga menegaskan bahawa pembaziran ini merugikan di dalam Al-Quran :
Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah Al-Israa', ayat 26-27)
Di dalam keadaan ekonomi yang masih memacu ke arah negara berpendapatan tinggi, diselubungi pula dengan kegawatan ekonomi sedunia pada tahun 2009, tempiasnya dapat dirasai untuk sama-sama kita mengembleng tenaga dalam memastikan sumber terhad yang kita perolehi mahupun yang kita ada, digunakan dengan penuh jimat dan cermat seperti tenaga elektrik, penggunaan air, penggunaan kertas dan juga ink printer, tetapi ini bukan satu langkah yang menghadkan aktiviti kita dalam menjayakan misi, visi dan objektif penubuhan sesebuah institusi pendidikan.
Contohnya, membeli barangan runcit di kedai mahupun pasaraya, sesetengah kedai mahupun pasaraya telah bertindak mengikut konsep Mottainai iaitu memperkenalkan beg membeli belah yang mesra alam iaitu yang boleh digunapakai berkali-kali oleh pengguna dengan menjimatkan penggunaan beg plastik setiap kali pembeli membuat pembelian.
Antara langkah-langkah penjimatan yang boleh dilaksanakan di rumah adalah :
a) Menggunakan penyapu berbanding penggunaan mesin pembersih vakum (vacuum cleaner) untuk langkah penjimatan elektrik.
b) Menggantung baju di ampaian berbanding penggunaan mesin pengering (dryer) untuk langkah penjimatan elektrik.
c) Menutup suis TV atau pemain DVD dan juga tidak tinggalkan pengecas telefon terpasang sepanjang masa di suis elektrik. Terdapat juga peralatan elektronik yang mempunyai mod stand-by sebagai salah satu langkah penjimatan.
d) Menggunakan daun pandan sebagai pewangi di dalam tandas, penggunaan Citronella sebagai alternatif menjauhkan gangguan nyamuk pada waktu kita tidur, dan juga menggunakan arang sebagai bahan yang dapat menyedut bauan yang kurang menyenangkan di dalam almari mahupun peti sejuk; semua ini bagi menggantikan penggunaan produk yang boleh mendatangkan bahaya kepada alam persekitaran kita tanpa kita sedari.
e) Mempunyai tong sampah yang berbeza bagi bahan buangan tertentu seperti tong sampah bagi bahan berasaskan kertas, plastik mahupun kaca. Cara proses pelupusan ketiga-tiga bahan ini berbeza dan jika disatukan bahan buangan ini, ia tidak membantu bagi kita matlamat, Malaysians Go Green.
Antara syarikat swasta yang paling menegaskan konsep Mottainai ini adalah Panasonic dengan menjadikan Mottainai sebagai salah satu kualiti bagi produk yang dikeluarkannya. Mottainai bagi produk Panasonic memperkenalkan penggunaan Inverter, yang menjimatkan penggunaan elektrik di dalam alat-alat di rumah seperti alat penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh, microwave dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment